Berfikir selagi anda mampu !!

Agama tanpa ilmu sesat,Ilmu tanpa agama pincang !!

Tuesday, November 9, 2010

Malu: Bertempatkah Ia?~


Salamun alaik sahabat semua,

Hari ni ana online and tengok update2 terkini para sahabat ana,tibe2 ana dapat shared link daripada seorang sahabat dan ni antara perkongsiannya:

Situasi 1

A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”

B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”

Situasi 2

A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”

B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”

Situasi 3

A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”

B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”



Situasi 4

A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”

B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”

A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”

B: “Lagila tak. Malu.”

Situasi 5

A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”

B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”

Situasi 6

B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”

Situasi 7

A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”

B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”



Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.



Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)



Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah diletak pada tempat yang salah!



Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.



Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.



Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.



Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.



Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..



“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]


So,sahabat~antum semua rasa macam mana?apa pun pandangan antum,ingtlah sentiasa bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita..Allah juga kasihkan kita melebihi kasihnya seorang ibu terhadap anaknya..wassalam,


~Haya' min Iman~

Sunday, November 7, 2010

Tipu Sunnah: Ada kew?~


Hari ni ana jalan2,tiba2 ana terdengar perbualan dua orang anak kecil di tepi jalan.."aku bukan tipu betul pun,tipu sunat jela.." hmm,ana asyik terfikir kata2 anak kecil itu, "TIPU SUNAT: ADE KE?" memandangkan ana memang jenis yang tak boleh tidur kalau ade persoalan bermain di fikiran,ana terus bukak buku time ana da sampai "imarah tulab malaziy"..tut3,haa..ni dy..buku hadis 4o yg ana rasakan buku hadis paling simple yang sepatutnya setiap yang bergelar muslim perlu ade..ana selak dan terus selak sampaila ana jumpe hadis..

"ايات المنافق ثلاث:اذا حدث كذب واذا وعد اخلف واذا اؤتمن خان"

kat sini,ana nak highlight tanda yang pertama iaitu apabila berkata ia berdusta.. Nabi kita (saw) sendiri kata,tnda org munafiq antaranya ialah apabila berkata ia berdusta..jadi,adakah tipu sunat itu dibenarkan?lantas ana menelefon ustaz ana.. tet3.."Assalamualaikum,ustaz maaf mengganggu,ana nak tumpg tanya..ape itu tipu sunat? boleh ke?apa hukum dia dalam islam dan apakah persepsi islam terhadap perkara ni?"..
Maka berikut adalah jawapan yang ana temui:

*sunat adalah salah satu daripada 5 hukum taklifi yg mmbawa maksud jika melakukan akan mendapat pahala dan jika meninggalkan tiada apa2 dan tipu pula merupakan satu perkara yg ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada dosa kepada pelakunya
*maka,tipu dan sunat tidak boleh digandingkan bersama kerana ianya membawa maksud yg berbeza dari segi pengaplikasiannya
*Maka hukumnya tetap sama,tipu hkumnya tetap berdosa
*dari segi persepsi Islam pula,Islam tidak menyuruh ummatnya agar menipu walaupun untuk kebaikan sebaliknya adalah lebih baik utk berterus terang seperti yg prnah diungkapkan dlm pepatah arab "Qul haqq walau kana murr" yg bermaksud "Berkata benarlah walaupun ianya pahit"
*Secara konklusinya,Islam tidak membenarkan ummatnya menipu sama sekali kerana impaknya mengundang ke arah perkara yang buruk..Islam itu agama yang benar,dan iada pembohongan ke atasnya,maka jgn sesekali mereka yang bergelar muslim cuba mengotorinya dgn pendustaan

Begitulah antara hasil yang ana peroleh,tapi ana masih tidak berpuas hati,lantas ana belek lagi kisah2 yang berlaku di zaman Nabi Muhammad,di mana kisah Ammar bin Yasir,ibunya Sumayyah yg syahid kerana disula..telah menipu orang2 kafir pada ketika itu dengan menyatakan keimanannya pada Latta dan Uzza (berhala sembahan mereka).. bagaimana dgn hal ini?bukankah ini dinamakan sbg penipuan?Maka,buku ini menjelaskan lagi perinciannya dengan menyebut hadis: Innama al-a'malu binniat,diman setiap perbuatan itu disertai dengan niat..

Maka sahabat sekalian,apaka pandangan kalian terhadap perkara ini?adkah masih relevan di masa ini utk menyatakan bahawa tipu sunat itu masih wujud?pada pandngn ana,semuanya bergantung ke atas individu itu sendiri,mereka bebas memilih namun nasihat ana..Hindarilah Penipuan kerana Di Setiap Penipuan Itu Dimeterai Oleh Syaitan dan Sesungguhnya Syaitan Itu Musuh Kita Yang Paling Nyata...


~Jihad Anfusana~

Ilallahi Rajiu'n~


Salam,sahabat semua..arini ana dapat berita sedih,abang kepada slh seorg sahabat ana baru sahaja kembali ke rahmatullah (smoga tergolong di kalangan hambanya yg beriman)Mula2 ana agak terkejut apabila dpt berita ni,ana dpt thu pun bkn dr mulut sahabat ana tp dr seorg tmn kat kelas ana yg menelefon ana sbb ana x g kuliah..ana sgt terkejut,lantas ana telefon sahabat ana ni..ana tnyer dy,"anta dah thu da ke?" dy jawab,"ana da thu," ana tnye kembali,"ape yg anta thu?" dy jawab,"abang ana da meninggal.." MasyaAllah,terus berderai air mata ana..bukan kerana sedih,tetapi ana kagum dgn kecekalan hati sahabat ana ni..seolah2,tiada terdetik perasaan sedih dihatinya,sgt tabah..masya Allah,tegarkanlah hatinya~

Lantas ana belek al-Quran,ana niat nak hadiahkan khatam Quran buat arwah..dan ana smpai pd ayat dalam surah al-baqarah..

"dan akan kami uji kamu dgn ketkutan,kelaparan,kekurangan harta benda,kekurangn jiwa,dan kekurangan buah2n,dan sampaikanlah berita kpd org2 yg sabar..iaitu apabila ia ditimpa musibah mereka berkata kami milik Allah dan kepada Allah la kami kembali"

Ya Allah,terus berjujuran lg air mata,benarlah kata2 tuhan itu..ana xdpt thn,ana g tndas nk wuduk semula utk tenangkan diri..tp tiba2 ana dgr bunyi esakan dr dlm tandas..ana tngok lmpu tertutup,ana hairanlah..bila ana bukak,Ya Allah..rupenye shbt ana tgh teresak2 menangis sendirian..Sahabat,maafkan ana..ana xmmpu nk berkongsi kedukaan itu,lantas ana peluk dy,ana xnk lepaskan dy sendirian lg.."Maafkan ana.." hanya itu yg terluah dr bibir ana disusuli deraian mutiara yg hangat membasahi kami malam tu..

Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui tiap sesuatu..ditakdirkan,sahabat ana bertekad utk pulang..niat hndk menatap wajah abgnya buat kali terakhir..tp disebbkan perbezaan waktu 6 jam dgn Malaysia maka tmpoh anggrn ketibaan agk lwat dan jenazah perlu dikebumikan segera..berjujuran lg air matanya,kali ni ana terus dakap dia n enset dy terjatuh..ana nmpk mesej yg dy tulis n hantar pd mak dy.."mak,boleh x mak ambilkan untuk angah gmbar along..?" sekali lg,maafkan ana sahabat kerana xdpt berkongsi kedukaan itu..

Duhai sahabat sekalian,cerita ana ni nukan berniat nk menagih simpati @ mengadu nasib..tp ana harap kita dpt ambil iktibar bersama..suka duka yg dialami spnjg tempoh pembelajaran adalah lumrah kehidupan..apa yg pasti,tiap dr kita akan diuji keimanannya..maka,sbg seorg sahabat,saudara dan juga teman,pimpinlah tgn saudara mu andai dia mulai kecundang dlm rekahan ujian..dan pimpinlah tgnku andai suatu ari nnti ana pula yg lemas dlm ujian ini..

~syahadah yg satu~

Thursday, November 4, 2010

Anime + remaja = serasi??

Salam,maaf ana da lama x update blog nih..sejak kaki mlgkah ke bumi anbiya',bnyk tugasan yg terpksa ana dahulukan..baiklah,ana arini cube utk menggarap satu tjuk kt mana kalau kite tngok mmg inilh realit remaja zaman skrg..ana ckp begitu sbb ana sendiri sukakan anime..mcm2 anime skrg ni,Bleach,Naruto..bnyk lagilah..tp kan sahabt2 sekalian,kdg sedih bila dilihtkan fenomena skrg..bkn ape,sjk kewujudan anime2 nih,ramai remaja kite lalai,mereka mendhulukn anime ni lbh dr keutamaan yg sbnr..senang kata mereka xmendahulukan 'aulawiyat'..tiada keutamaan dlm kehidupan..
Tu yg sedih,kita remaja kdg kala mengabaikan tgjwab terpenting dlm islam,Solat..coz majority rncngn anime nih ditayangkan time waktu solat,gitulah rencana kafir laknatullah bg merosakan umat Islam..org kafir nih plg takut bile umat Islam mengangkat tgn (berdoa) sbb dy tahu Ummat Islam ade tuhan yg akan mengabulkan doa mereka..so,dyorg buat strategi supaya tuhan umma Islam tidak mengbulkan doa mereka..macam mne?bnyklah rencana dy,buat ummat islam x solat,lalaikan kita n lekakan kita dgn perkara2 sebegini..
Jadikan,bnyk perkara yg harus kita lakukan sekarang,instead of gune anime nih kearah yg x elok,ape kate kta jdkan ia sebagai medium dakwah..senjata yg kafir guna untuk ancurkan kita,kita gunakan semula untuk hancurkan mereka..
jadi kepada remaja2 di luar sana,mari kita gunakan bakat serta kemahiran kita dlm bidang nih..kita wat komik @ anime yg berteraskan islam..mybe ade org kate,"ala, susah la komik islam ni,bosan..asyik2 mesti ckp pasal agama la itulah,inilah..x up to date lgsg.." mgkin itu yg akan kita dgr,tp hakikatnye?sape kate..
Islam tu salah satu ciri dy adalah "Murunah",sentiasa flexible..boleh je nk buat komik lawan2 (mcm most of d guys suka) n boleh je nk wat komik cintan cintun (mcm most of d gurz suka),apepun ikhlaskan niat..tu pokok pangkal yg utama..

"انما الأعمال بالنيات"

sebenarnye,mata da agak mengantok da skrg,cuma time nak tidor td ana terfikir pasal perkara nih..jd ana cepat2 taep moga Allah bntu ana..ana pun x arif sgt tntg ilmu nih,yg Maha Mengetahui hanya Allah..Segala yg baik dari Allah dan yg buruk disandarkan pd kelemahan ana sebagai seorg hamba..tmer ksh,mudah2n kita semua mndpt martabat tertinggi di syurga kelak..maafkan ana,salam mujaheed~



~pautan muhasabah~