Berfikir selagi anda mampu !!

Agama tanpa ilmu sesat,Ilmu tanpa agama pincang !!

Thursday, May 16, 2013

Disebalik Sebuah Cerita ~

“Setiap manusia berbeza ceritanya,oleh kerana itu mereka berhak untuk mendapat layanan yang berbeza..”


                                                                      


 Kasut kuning,Admiral,disarung.Tali diperkemas tentunya.Kegemaranku? Boleh la dikatakan begitu.Berdasarkan bentuk muka bumi di sini yang berpasir halus,berdebu dan pastinya kerana rutin harian ku sebagai pelajar,menyebabkan aku pastinya banyak berjalan,maka kasut sukan ini benar-benar menjadi pilihanku.Boleh kata kemana sahaja langkahku,pasti dengannya.Ke kuliah,masjid,dan kadang-kala menjadi bahan tawa rakan-rakan apabila kukenakan ia dengan jubah bergaya ke majlis perkahwinan.Aha.Senyumku sumbing.Aku harus keluar.Oh,tidak.Wajib.Masakan tidak,asyik terperap di rumah,berhadapan nota-nota dan buku-buku,tentunya membuat akalku letih.Pintu dikunci.Tangga dituruni.

 Teriknya matahari membuat aku basah berjujut peluh.Pandangan ku redup. Tentunya. Terima kasih kepada cermin mata yang bersifat “photocromic”,tidaklah meraba-raba langkahku kesilauan.Kanan.Kiri.Kepalaku tertoleh-toleh.Melihat-lihat andai ada bas yang boleh kunaiki.Meski sudah hampir 7 buah trempko melintas,tetap bukan pilihanku.Hanya mampu memuatkan penumpang dengan kapasiti maksimum 13 orang,tidak cukup untuk aku.Padaku,tiada erti kehidupan yang dicari.Ragam yang terbatas.Penantian berterusan.Berteduh di balik redup pokok di Bawabat Tsalatsah,akhirnya bas merah,80 palang muncul.Cepat aku melangkah.Terkenal dengan sifatnya yang tidak berhenti,sekadar memperlahan kelajuan,membuatkan aku dan penumpang lain terpaksa berlari-lari anak dan melompat untuk menaikinya.Aku memang sudah pakar dalam urusan melompat bas ini.Lari-lari,dan lompat dengan kaki kiri didahulukan. Haha.Ingatan terimbau pula pada minggu-minggu pertama aku tiba di bumi Mesir ini. Pernah aku terjatuh dari bas,gara-gara salah teknik lompatan.Tapi aku beruntung,kerna disambut seorang lelaki arab dari bawah.Senyum sendiri mengenangnya,serupa filem Hindustan lagaknya.Aku sebagai Ashwarya Rai.dan lelaki arab itu Shah Rukh Khan.Hah,imaginasi manusia yang sentiasa pelbagai,cantas akalku.

 Melihat suasana bas yang padat,aku gembira.Mungkin tidak pada orang lain.Kulihat ada yang termenung panjang ditepi tingkap.Ada yang mendodoi anak yang meragam kepanasan.Ada pula yang ralit dengan buku,fenomena biasa ketika imtihan menghampiri.Dan yang tak pernah gagal untuk mencuri perhatianku,seorang tua,berbaju lusuh,membaca Al-Quran sambil butiran tasbih bergerak perlahan. Munajat seorang hamba kepada Tuhannya.Antara perkara biasa yang dilihat.Rata-rata manusia disini pasti bersama dengan Quran.Paling cikai,boleh ku kata,tasbih bergantungan tangan-tangan manusia.Satu fenomena yang benar-benar aku harap dapat dilihat di Malaysia,usai tamat pengajianku nanti.Bas terhenti mengejut.Menamatkan anganku.Hah.Ada apa disitu? Anak muda,khususnya lelaki turun beramai-ramai dari bas.Pandangan ditoleh keluar.Innalillah.Kemalangan. Aku turut turun.Andai ada yang boleh kuhulur bantuan barangkali.Orang ramai mula mengalihkan mangsa ketepi jalan.Darah.Merah.Seriuskah? Aku tertinjau-tinjau.Oh,tiada hospital atau taisir berdekatan kawasan ini.Jalan sesak.Pasti menyukarkan mangsa untuk mendapat rawatan segera.Teringat pula,ada kes dimana mangsa kemalangan meninggal kerana lambat mendapat rawatan.

 Aku yang berseluar askar,berbaju T-shirt belang dan berselendang hijau,membimbit buku berbahasa Inggeris,menyebabkan orang-orang sekeliling menganggapku pelajar jurusan perubatan.Ah.Tidak.Sebelum sempat memberi penjelasan,aku ditolak merapati mangsa.Tidak.Tidak.Tolonglah,aku jurusan agama sahaja.Lihat,buku ni pun judulnya “Armageddon”.Penjelasan yang hanya mampu ditelan tanpa terluah.Ditepi mangsa,kelihatan seorang lelaki,lingkungan usia 40-an,sedang memeriksa nadi,telahku.Dia memintaku untuk membantunya.Aku yang terpaksa,sekadar mengangguk kosong.Ingatan kepada pelajaran biologi yang pernah dipelajari ibarat flash-card laju,menerjah memori.Meski keputusan SPM Biologi aku A,jujur itu hanya teori.Tambah pula,sudah hampair 4 tahun aku tinggalkan.Nak buat apa ni?Lelaki itu telahku seorang doctor.Mukanya cemas.Tuturnya berbahasa Inggeris,mungkin kerana wajahku Melayu,terkanya pasti aku tidak pandai bertutur arab.Dia tak rasa denyut nadi mangsa.Dalam situasi ni,aku sedar,aku langsung tidak membantu.Ah.Bentak ku.Sudahlah,buang takut itu.Aku harus membantu.Bukankah ini yang kau cari ketika niatmu untuk keluar sebentar tadi?Allah dah bagi,kenapa kau lari? Aku terpukul dengan hakikat.Mula membantu.Nadi dicari.Jantung tak berdetak.CPR perlu dilakukan.Jujur,kali yang pertama.Bismillah.


                                                                        

 Saat dirasakan lambat berlalu.Polis trafik mula tiba meredakan kekalutan suasana.Meski membantu,tapi tak banyak.Tangan mula keletihan,melakukan CPR tanpa henti.Akhirnya,doctor berjaya mengesan denyut nadi.Walau lemah.CPR dihentikan.Darah terus mengalir dari kaki dan kepala.Pucat wajahnya.Susuk orang ramai yang memerhati kelihatan sibuk dengan telefon bimbitnya,meminta bantuan ambulans,teka akalku.Doctor itu cuba menghentikan pendarahan di kepala.Sementara aku?Mujur.Memang tabiatku untuk membawa kit-first-aid di dalam beg.Pantas dikeluarkan.Luka kaki dicuci.Ditekap dengan kapas.Ditukar,ditekap lagi dan akhirnya darah berhenti mengalir.Syukur.Luka dibalut kemas.Akhirnya,dari jauh kedengaran siren ambulans.Lega.Mangsa dipindah masuk dan doctor itu menuruti.Aku.Masih terduduk di situ.Tidak percaya dengan situasi yang baru sahaja berlaku.Bukan setakat di depan mata.Bahkan aku sebahagiannya.Tangan masih berlumuran darah.Batu jalanan merah.Orang ramai mula beransur.Terasa bahu ditepuk.Seorang mama arab memandangku.Manis senyumnya. Ah.Air mata akhirnya tumpah.Dia menghulurku sebotol air.Tangan dibersihkan.Darah di batuan jalanan disiram.Moga tiada terkesan dengan kemalangan tadi.

 Bas ditahan.Perjalanan diteruskan.Sepanjang perjalanan,aku sekadar termenung kosong.Tidak percaya.Takut.Sebak.Perasaan bercampur baur.Setiap wajah penumpang dilihat.Akal cuba meneka.Hakikat kehidupan yang baru aku sedar.Yang melihat,hanya mata.Zahir.Tanpa mengetahui,setiap insan ini punya cerita sendiri.Seperti aku.Di luar,aku lihat dia tersenyum namun hakikat batinnya hanya Tuhan mengetahui.Tidak sampai 5 kilometer bas berjalan,aku mengambil keputusan untuk turun.Meneruskan baki perjalanan dengan berjalan kaki.Aku perlu lihat lebih banyak kehidupan.Pelbagai memori kembali menjengah.Teringat ketika usiaku 7 tahun,pernah aku meminta ayah untuk membuat susu di dalam botol.Tapi ayah menolak.Aku merajuk.Hampir seminggu aku tak bercakap dengan ayah.Ayah cuba memujuk,tapi tiada ku endah.Ego.Ah,bodohnya aku.Tiada aku mengerti tika itu mungkin ayah penat baru pulang kerja.Lamunan terganggu.Beberapa wanita,pengemis jalanan,menarik-narik baju ku,meminta sedekah.Hasil apabila jurang kaya dan miskin semakin jauh.Yang kaya terus kaya,dan yang miskin kian papa.Boleh saja untuk aku marah.Tapi mengenangkan,setiap orang punya cerita.Aku mengalah.Poket diseluk.Not le10 dikeluarkan.Berlari-lari mereka gembira.Aku turut tersenyum melihat keletah mereka.Allah pemberi rezeki yang terbaik.PerangkaanNya tidak pernah salah.

                                                                  

 Sampai di destinasi.Kelihatan,Grey.Seekor kucing berwarna kelabu yang selalu duduk di bawah pokok,hadapan pintu rumah.Setia.Temanku untuk berbicara,bila aku bosan dengan manusia.Tidak pernah gagal untuk membuatku terhibur dengan geselan manjanya.Tapi,tidak hari ini.Matanya tidak seperti kebiasaan.Tanah disapu dan aku duduk ditepi Grey.Kepalanya diusap.Bibir menyoal, “ Grey,kau juga punya ceritakah?”



 “Practical is always,always harder than knowledge itself.Knowledge is wisdom.Attitude therefore,is power” –Faizin Shamsuddin-

Tuesday, May 14, 2013

Gundah~


"Bila kita ada masalah hubungan dengan manusia,ianya sentiasa menjadi masalah...Tetapi bila kita ada masalah hubungan dengan Tuhan,ianya tidak pernah menjadi masalah"



(13-5-2013) 07:15.Tertera pada telefon bimbit.Hah,malas ku rasakan,mata memberat.Seolah baru sahaja mata dilelap, sedang sudah hampir 12 jam katil dihenyak tubuh.Ya Allah,berilah aku kekuatan.Kosong.Ya,sejak semalam,setelah pulang dari majlis perkahwinan seorang sahabat Mesir di Darrasah,hatiku berdetak kosong.Majlis mereka yang terkenal dengan kegembiraan dan tawa ria,ku biar limpas.Tidak terkesan apa-apa.Sekadar memenuhi undangan seorang sahabat.Lantas,ku capai headset yang sengaja ku letak disebelah bantal.Telefon bimbit ditenung,hati ini harus diisi.Tanya Sama Itu Hud-Hud, dimainkan.Benar,kata M.Nasir di dalam lagunya,terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari menerusi lagunya.Hikmah.Satu perkara yang telah hilang dalam kebanyakan lagu-lagu zaman sekarang.Orang kebanyakan,atau lebih tepat yang bergelar  Azhari,yelah,pelajar agama,lazim memandangku sinis andai mendengar aku memasang lagu ini.Pada mereka,hanya lagu-lagu Islami sahaja yang “halal” untuk didengari.Islami? Hah,sungguh klise.

Hati mula berkata sendirian,kecamuk jiwa sangat terasa di waktu ini.Lagu dipasang sementara hatiku,fikiranku,entah di mana.Mata merenung kosong bilah-bilah kayu katil atas.Urat-urat kayu dikira,mata mula meneliti lubang-lubang kecil dicelahannya.Ternyata,selama ini aku tidak sedar bahawa ada kehidupan padanya.Kelihatan anai-anai kecil,leka bermain.Sebahagian mereka perasan bahawa diri diperhati,lantas melarikan diri,menyorok kembali di dalam lubang kediaman.Haha.Tertawa aku sendiri.Terhibur dengan gelagat anai-anai yang ditelah hati dan akal.Sejenak aku terlupa akan gundah di jiwa.Benarlah,Allah sentiasa menjadikan sesuatu penuh hikmah.Siapa sangka,anai-anai kecil yang digelar binatang perosak mampu membuat aku tersenyum.Indah ciptaannya.

Lagu yang dipasang berulang.Huh?Mata menyorot pada skrin telefon bimbit.Tanya Sama Itu Hud-Hud memang sengaja aku tetapkan sebagai ringtone.Menyorot pandangan pada skrin.Senyum terukir sekali lagi.Mama.Sungguh tepat firasat seorang ibu,kagum aku sendiri.Mama tidak pernah gagal untuk menghiburkan aku,walau aku tidak pernah meluah gusar di hati.Mendengar suara mama,hati tenang.Mata mula bergenang,namun ku bulatkan suara agar mama tidak mengesan tangisku.Aku tergelak kecil apabila mendengar suara ayah,hendak meluah rindu,namun ego kami membatasi.Sekadar menempel pada mama,hendak mendengar juga suara ku.Untuk menelefon,jauh sekali.Ayah sekadar menghantar mesej di inbox FB.Itupun,sekadar mesej biasa-biasa.”Sudah makan ? Macam mana belajar ? Sihat ? Ayah doakan semoga berjaya dan sukses”.Ingatan mengimbau saat aku ber”gaduh” dengan ayah di rumah.Pencak jurusan dibuka,kekuda dipasang,dan mana-mana sahaja boleh menjadi gelanggang kami,dapur,ruang tamu,beranda dan bilik.Dan setiap kali pertempuran,mama tak pernah gagal untuk meleteri kami,lagak seperti tok guru yang memarahi anak-anak muridnya bertelagah.Senyum terukir lagi.

Kekuatan dan semangat kembali terisi,walau boleh ku kata tak sampai suku.Tekad dibulat, ditambah pula pabila plan-to-do dibelek,ternyata masih ada 7 subjek yang belum dikhatam sedang peperiksaan dah telefon kata nak datang.Aduh.Terduduk aku dibuatnya.Kesal mula bertapak dihati,kenapalah aku buang masa dari semalam? Melihat adik junior di katil atas,tekun menelaah,menambah kesalan di hati.Jujur,aku kagum dengan adik ni.Amirah.Yumni Amirah.Study-holic orangnya.Langkah disusun sementara perancangan mula dirangka dalam benak fikiran.Buku digenggam.

Menelusuri hari,tertempan aku akhirnya.Andai hati yang kosong dibiarkan,pasti terisi dengan sesuatu yang tidak kau jangkakan.Yalah,seperti gelas.Kosong.Andai tidak diisi air,pasti terisi dengan angin.Mungkin permulaan hari yang dingin kerna kau tidak mulai dengan zikir padaNya.Ini silapku.Tuhan datangkan aku petanda dan jawapan dalam perjalanan.Menaiki bas yang sesak,berasakan dengan manusia,melihat ragam dan kerenah.Boleh ku katakan ia hobiku.Aku dapat melihat kehidupan.Bukan sekadar disebalik kaca,bahkan aku hidup bersama mereka.Menghela udara yang serupa.Dan disitu jawapan kutemui.

Melihat seorang anak kecil,sekitar usia 6 tahun,memegang sekuntum mawar yang tinggal 3 kelopak bunganya.Aku sekadar merenung.Hairan.Terdetik di hati.Apa istimewanya bunga itu pada anak kecil ini?Bas kuturuni.Benar,aku belum sampai ke destinasi,namun hati ingin benar untuk tahu,apa yang ingin dilakukan anak kecil itu bersama bunga 3 kelopak yang digenggamnya.Sesampai di satu kawasan,aku lihat seorang wanita sedang memungut sisa makanan dari tong sampah,satu pemandangan biasa di bumi Mesir ini.Dan anak kecil itu berlari gembira.Benar-benar gembira.Sekadar memerhati dari jauh,kulihat dia mendakap wanita itu,menutup matanya sambil mencium pipi.”Ibu,Selamat Hari Lahir”.Bunga 3 kelopak itu dihulur kepada si ibu.Allah.Aku terpempan.Habis menggeletar lututku.Hati disiat sayu.Tangis membasahi tanpa dipinta.Mama.Hanya satu lafaz terluah.

Anak kecil itu aku panggil.Dia berlari datang kepadaku.Siapa nama kau?,soalku. Syakirin.Allah,kagum mengetuk pintu hati.Kau benar-benar seperti namamu.Ku bawanya jauh dari si ibu.Biar comot wajahnya,biar kotor pakaiannya.Ku kucup pipinya.Tubuh kecilnya ku dukung.Tenang ku rasakan.Tulus hatinya terasa mengalir kedalam jiwa. Ikhlas. Jujur. Aku bawanya ke kedai berhampiran.2 Togin lahmah,3 genih eisy baladi,dan 3 genih fino ku bekalkan.Anak kecil itu terkejut,katanya kepadaku “Ya ablah,kenapa beli banyak-banyak?”.Ujarku,ini hadiahku buat si ibu yang punya anak sehebat kamu.Usai menghantar anak kecil itu pulang,bibir ku tak lekang dari senyuman.Mereka melambai aku dari kejauhan.Teringat lafaz yang terungkap dari Ummu Syakirin, “ wa yarzuqhu min haisu la yahtasib” –(dan dia memberi rezeki dari jalan yang tiada kamu sangka)- Syukur menapak di hati.Aku rindu mama.Zikir dipanjat.Dahi rebah kepangkuan bumi.Benar,Allah pengatur yang terbaik.

Kembali menyambung perjalanan pulang ke destinasi sebenar.Akal sejenak terbejat mengenangkan anak kecil tadi.Hati mula berfikir.Benar,kadang kala akal tidak terjangkau apa yang dirasakan hati.Kerana itu,asas sebuah Iman ialah percaya.Dan percaya itu melalui hati.Aku mula muhasabah diri,perkara yang ku rasakan sudah lama tidak ku lakukan.Itu silapku.Silap rata-rata manusia.Sentiasa memandang kesilapan orang lain sehingga merasakan diri ma’sum dari silap dan dosa. Dan, akhirnya ku temui di mana khilafku.Semalam,aku tidak mengulang Quran seperti kebiasaan.Aduh,rajukkah Tuhan padaku?Dan pada Mu ku pohon ampun dari setiap dosa-dosaku.Jangan Kau menjauh diri dari hamba Mu ini.Rebah sujudku pada Mu.Tuhan Maha Pengampun atas segala dosa hamba-hamba Nya.


“Could a greater miracle take place than for us to look through each other’s eyes for an instant ?? “ – Henry David Thoreau-

Thursday, February 2, 2012

Hidup Perlu Diteruskan Dengan Senyuman ~

Salamun alaik,sahabat2..apa khabar iman??
Based on tittle above,apa kata sebelum baca posting kali ni,kita senyum lebar2 macam baby ni... ^o^



ok,semua sudah senyum?? sekarang peluk diri sendiri dan jerit kuat2, "Terima kasih Allah sebab hiudpkan saya.."

Alhamdulillah,sahabat2..tahu x kenapa kali ni ana buat tittle ni??
Sebab,ana dah rasa macam mana erti "futur atau menyerah kalah"..Actually,dalam kehidupan xperlu ada istilah putus asa atau senang kata menyerah takdir kita begitu sahaja tanpa usaha.

Kadang2 kita sering merasakan bahawa hidup ni terlalu perit untuk kita lalui,terlalu banyak ranjau dan onak duri.Alahai,TERLALU SEMPIT KOTAK PEMIKIRAN ITU !!

KENAPA?? sebabnya sahabat,HATI KITA PERLU MENJADI BESAR,hidup ni bukan untuk kita bersedih2,hidup ni untuk kita bergembira.Ana tidaklah bermaksud bergembira tu dgn istilah "bergembira" yg masyrakat sekarang gunakan,but instead of it,ana maksudkan..ENJOY YOUR LIFE JOICELY..
Kenapa nak sedih2?? kan xbest kalau hidup ni penuh dengan kemurungan. (^^')hidup kat bumi ni kan sekali je,jadi hiduplah elok2.

Sahabat2,kalau setiap kali lepas solat apa yg kalian sering doakan??

mesti kalian nak PELANGI DALAM KEHIDUPAN,MENTARI YANG MENYINARI,RAMA-RAMA YANG MENYERIKAN..kan??



Tapi sahabat2,sahabat2 kena faham bahawa pelangi itu hanya akan muncul selepas HUJAN, matahari hanya akan muncul setelah KELAM,dan rama-rama lahir dari GATALNYA BELUNCAS..

so why not,dari sahabat2 terus bermurung dengan HUJAN DALAM KEHIDUPAN...



apa kata kita jadi macam anak kecil ni...



enjoy dengan hujan itu..orang kata hujan akan buat kita demam,ah lupakan ! itu hanya kata orang,selagi ALLAH x izinkan mende tu xkan berlaku,kan?

Jadi apa kata,bila ada UJIAN dalam kehidupan,sahabat2,kita sama mandi dengan "HUJAN" tu..so,lepas ni kita kena buat apa??

REDHA,SYUKUR DAN SENYUM dengan UJIAN DALAM KEHIDUPAN..
tahap tertinggi iman seorang hamba itu adalah bila ia BERSYUKUR dengan ketentuan dan perancangan Allah dalam kehidupannya..



kata orang,kalau cari kerang,kita takkan jumpa yang sedap..kalau jumpa mesti yang HANYIR,BUSUK..tapi kerang jadi "SEDAP" kan bila dah di masak??

macam tu lah analogi kehidupan,Allah nak bagi kehidupan ni sedap,jadi dengan apa??
GORENG DENGAN MINYAK PANAS ATAU REBUS DENGAN AIR YANG MENDIDIH..Baru "kerang" jadi sedap..Jadi,ingat pesan ni..Kalau sedih2 atau rasa lemah tanpa sesiapa di sisi,ingat Allah di atas sentiasa menunggu bilalah si hamba nak memohon pada Nya..

Dan satu lagi....ana kan ada di sisi..KITA KAN SAHABAT ?? ^^'



Seorang sahabat takkan biar sahabat dia mandi hujan sorang2...

p/s : kredit to angah yang teman kita makan kt "BB" even bakso xdapat jugak.. =.='


~hidup biar kita yang pedih,jangan bagi orang lain rasa kepedihan itu~

Sunday, August 21, 2011

Nikmat Di Sebalik Ujian ?? ~


"masih mnecari erti bahagia disebalik ujian?? "

Do read the following scene..

“Ah,senang la ko ckp..bukan ko yg rasa,tp aku”

“Ish,kenapa aku yang diuji,bukan org laen??Tuhan dah xsayang aku lg”

“Tuhan xadil,dah la aku xde ape2 lg,ko amik pulak mak bapak aku..kenapa??”

“Aku ni cacat,takde siapa nak ambil aku kerja dgn mereka..kau tahu ape?ko sempurna,bukan mcm aku,cacat…!!”

“Kenapa aku bukan macam dia,dah la cerdik,kaya,semua org sayang..aku?? “

“Mak,kakak xtahan la..semua org benci kakak,kakak rase mcm kakak dah xboleh thn lg..kakak rse xboleh nk focus utk bljr..kakak xkuat.. mak doakan kakak ya..”

Fullstop,dan berbagai2 lagilah yg kita dengar saban hari..manusia mengeluh,merenguh,dan tidak dapat menerima dengan redha segala ujian yang Allah timpakan kepada kita??Kenapa?? Jawapan yg cukup mudah..IMAN KORANG NI LEMAH!! KORANG XPERCAYA DGN JANJI TUHAN!!



Jangan marah,ni memang hakikat kan??Betul kan?? Ok,Ini hakikat yg semua manusia perlu terima termasuklah ANA!! (Dush3,amik kau,tertumbuk muka sendiri)..based on the above scene,ana percaya,semua org pernah meluahkan perkara yg sama,kalau bukan dengan ayat yg sama mungkin dgn bahasa yg berbeza atau gaya bahasa yg laen sikit kalau xpun mungkin pernah terdetik di hati, and kalau x jugak..KORANG MMG HEBATLAH !! (mintak no phone,nk jadikan mentor) >.<

Perasan x,semua ayat2 di atas biasanya diucapkan oleh org yg dlm musibah..@ dalam bahasa org Paraguay,”bein tested bg god”..yup,org yg diuji..mesti time kita ditimpa musibah,kita slalu nmpk yg KITALAH YG PALING KESIAN !! org lain sme best je hidop dyorg..KITALAH YANG PALING MENDERITA DI MUKA BUMI NI..!! if u’ve think bout the things above..DO DIMINISH IT !! ~

Hey,cuba cter sikit..ujian apa sgt yang Allah pernah uji pada kita??

“Err..Kasut saya hilang sebelah..kenapa pencuri tu tak rompak je 2 2 kasut..”

“Muka saya xcantik,ade jerawat batu tumbuh..”

“Mak ayah saya belikan mainan utk adik saya je,saya xdapat..”

“Saya dpt markah 98 je dlm last test..padahal saya da usaha mati2 da..kenapa xdpt 100%..”

“Tadi saya jalan2,ade kereta terpercik lecak kat baju,pastu saya jatuh tersungkur,berdarah kepala, lepas tu habis comot baju saya..lps tu semua org cakap saya mcm org gila sbb melihatkan keadaan sy yg sgt serabot time tu..sedih saya tau,,awak tak rse ape yg saya rse…”

Ok,is tht all?? Mungkin korg boleh ckp,”aku punyer cerita lg tragis..semua org xboleh lawan ketragisan hidop aku..”..oh,please..xkan disebabkan ujian2 mcm ni korg terus nk surrender?? Kalian nk menyerah bulat-bulat pada taqdir??cuba fikir nasib org laen,for sure korg xmampu nk hadapi taqdr yg ditetapkan utk org lain..jd bersyukur dgn taqdir sendiri..




Adakah kalian tahu,yang Saidina Ali Karamullah wajhah xkan senang hati andai Allah tidak mengujinya dalam tempoh 3 hari..Kenapa?? Kerana dia bimbang Allah tidak lagi menyayangi nya.. UJIAN TANDA KASIH ALLAH KEPADA HAMBANYA…!!

Taqdir tu kan ade 2, “ Ijbari” dan juga “Ikhtiyari” (ni adik drjh 5 yg bgthu” ~ skrg ni,bila ujian yg Allah bg berlaku ke atas kita,bermakna kita sdg berhadapan dgn Taqdir Ikhtiyari..

Fuyooh,mcm gempak je bunyinye..tp seyes kabor..Memg anda sdg berhadapan dgn TAQDIR IKHTIYARI..!! korg punya pilihan samada korg stay and teros menangis atas nasib yg menimpa @ bangun dan belajar dari pengalaman..!!

Allah ta3la berfirman..

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها

Ayat yg first tu..ana suka baca berulang2 kali..sebab setiap kali ditimpa musibah,ayat ni lah yg akan kuatkan ana..Allah berfirman, “Adakah kamu sangka kau akan masuk syurga selagi mana belum ditimpa ke atas kamu ujian sprt org2 yg terdahulu.......”

Cuba fikir,layakkah kita utk berdoa pd Allah utk mendapat syurga sedangkan time kita ditimpa ujian kerpa kita mengeluh dulu sebelum menyebut nama Allah ?? Layakkah Aku ??~ sroot2.. (kesat2 ingos)

Dan yakin lah sentiasa,Allah uji kita tu sebab Allah tahu kita mampu..bukan kerana kita lemah dan ALLAH mahu menindas kita lg..TAPI KERANA ALLAH TAHU SEGALANYA.. !! ALLAH TAHU APA YANG KITA PERLUKAN ..!! Macam nasi goreng,mesti xsedap kalau terlalu manis,kan? Jadi perlu lah letak sdikit belacan,cili boh,garam dan sebagainya barulah NASI GORENG tu sedap..dan itulah realiti kehidupan..

Pernah dengar x kata2 ni..

“Allah ciptakan hujan sebab Allah nak bagi kita pelangi,Allah bg kita kaktus sebab Allah nk bg kita bunga yg cantik,Allah bg kita beluncas sebab Allah nak bg kita rama-rama”

Ya,mesti pernah dengar kan?? And mesti ramai jugak yg pernah copy + paste kata2 ni and letak kat wall fb masing2,@ twitter @ sbgnya..then ramai org like,,kita pun suka,,tp sejauh mana kita hayati kata2 yg tersirat maknanya ini??~

Ingatlah kalian dan juga AKU,tanpa DERITA manusia tak pernah tahu erti BAHAGIA..tanpa KEHILANGAN manusia xpernah belajar erti MENGHARGAI..tanpa rasa DIBENCI manusia xpernah menghayati reti DISAYANGI..tanpa merasai KEPAHITAN manusia xkan pernah mengenal erti sebuah KEMANISAN..kan ?? kalian hebat bila kalian rasakan bahawa kalian mmg hebat dan berusaha ke arah menjadi HEBAT..dan kalian lemah bila kalian berfikir bahawa kalian lemah dan berusaha utk menjadi LEBIH LEMAH !! Jadi,pilihlah yg mana nada mahu jadi...

Ingatkanlah aku andai aku juga terlupa hakikat ujian ini suatu hari nanti..
Jadi sahabat2,posting kali ini actually ana tujukan khas buat sahabat ana YANG PALING GEDIK DI DUNIA..Hadiah buat sahabat ana tu dan juga kalian yg baca posting kali ni..Buat sahabat ana YANG PALING GEDIK..ana belajar dari anti yg menjadi GEDIK perlu bg mereka yg STONE HEART !! ^O^




Thanx for bein’ my friend and keep supporting me eventhough i’m not the real me !~ heee...
Credit to everyone those read my blog (esp Black and White yg chat dgn ana time ana tulis post kali ni,lots of apprction)..Selamat mengejar Lailatul Qadr,moga Tarbiyyah Ramadhan kali ni mengajar kita ttg hakikat sebenar kehidupan..and lil’el greats,Selamat Menyambut Kemenangan Ummat Islam (To those yg pose penuh je)~ see ya in next post!! ^.^ BERFIKIR GUNA KEPALA AKAL,BUKAN KEPALA LUTUT..!!

Tuesday, June 21, 2011

Is It Good To Make It At The Last Minute ?? ~



Hah,sahabat2..macam mana hari kalian? masih dalam iman? insyaAllah.. (^^') maaf sebab lama dah tak post kat blog ni..haih ok2..sekarang ni nak dijadikan cerita,ana dalam fatrah exam and ana yakin most of you guyz pun sama,kn?jadi,topik yg nk di diskusi hari ini.."Is It Good To Make It At The Last Minute ?? ~"

Haa,amacam? mesti bila baca je tajuk tu kalian da kata..ala,bese la tu..dan mungkin macam2 yg pernah kita semua dengar..antaranya :

Situasi A : eleh,aku tngok dia study last minute pun gempak gak result dia..tp aku, haram la kejadahnya

Situasi B : relax la,wat pe nak gelabah2,masa panjang lagi.

Situasi C : saya x biasa tangguh2 ni..kalau dah belajar je,blik umah mesti saya akan study..

Situasi D : stduy x study sama je..jadi better aku wat dono..




hah,jadi kalian di situasi yang mana??

ok la,xyah tengok orang..ana tngok diri ana dulu..hmm,aku di mana ya ??
terus terang,ana jenis org di situasi B ..selalu sangat diri ni merasakan masa terlalu panjang..sedangkan Imam Hassan Al-Banna ada mengatakan,

"Kewajiban itu lebih banyak dari masa yang ada"

Huish,susah tu..sbb sampai sekarang diri ni masih xsedar2..bila esok nak exam bru la gelabah nak pegang buku tu la,ni la..mula sibuk nak cari nota2 dr kawan,time ni baru strt nk sentuh buku yg dah mula berdebu ^^'

Waktu ni mula la nak kata :

"Nape la muqarrar dia banyak sangat?"
"eh,dr pernah ajar ke bab ni?"

and macam2 lagi la yang terkeluar..and finally da terlalu buntu nak buat apa,maka wujudla jus rebusan buku di pasaran..haish,tengok masyarakat sekarang ++'

Tapi,walaupun begitu..tidor tetap satu keutamaan..belajar macam mana pun,tidor tetap xle tinggal..kenapa kita semua xpernah nak ambil iktibar dari kisah ulama2 islam terdahulu..cinta dan isterinya terhadap ilmu..disebabkan ketekunan mereka inilah kita dapat mengecap nikmat pembangunan pada hari ini..

Tapi,mcm tu pun..masyarakat masih nk TIDUR MEMANJANG..YA ALLAH,AMPUNKANLAH KAMI !



Sahabat2 sekalian,
Kita semua tahu kemampuan diri kita semua..ya,ana tahu ana bukan cukup sempurna utk menasihati tapi ana "TAK MAHU KALIAN MERASAI PERITNYA AKIBAT BUAT KERJA LAST MINUTE"
percayalah..ana yakin kalian pernah jua merasainya..kan?

jadi jom ramai2,kita buang tabiat ni..dan ganti diri kita dgn wajah yg baru..kalau satu hari nanti kalian lihat ana buat perkara yang sama,nasihatilah ana juga.. ^^'

oleh sebab tu,ana dah xleh nk menaip lagi..lusa ada paper lagi yg nk dihadapi..jadi ana dah xnak bertangguh lg ^^" hehe Oleh kerana itu, izinkan ana stop menaip dulu ya and ana pohon doa dari sahabat2 sekalian..bukan doakan utk ana,tetapi doakan utk sekalian muslimin agar satu hari nanti bangkit dari kalangan kita mujaheed2 Islam AYUH BERSEMANGAT SEMUA !!

Tuesday, January 18, 2011

Solahuddin al-Ayyubi 2nd version ~


Salamun alaik sahabat semua,hari ini hari keempat ana cuti lepas exam..wah..seronoknya nikmat cuti ^^'..baiklah,disebabkan ana cuti..ana akan menulis..tadi ana surf laman web LIV2,salah satu ruangan yang ana suka baca(mcm tu juga sahabat yang lain kn? )then,time tngh bace2 ni ana terbaca post ttg perjuangan palestin dan ade la beberapa komentar kt bawah tu.. ^^'

Allah Ta'ala berfirman di dalam al-quran :
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu mengubah terlebih dahulu apa yang ada pada diri mereka.." (Ar-Rad : 11)

Dalam ayat ini,apa yang cuba di 'highlight' kan adalah kalimah أنفسكم instead of kalimah lain..
Pokok persoalannya kenapa??
Ini kerana terlalu banyak makna bagi kalimah أنفس yang dimaksudkan..

DIRI.. kalau kita 'define' kan kita boleh dapat gambaran bahawa ianya merupakan satu zat,yakni objek...
ROH..kalau kita 'define' kan kita boleh dapat gambaran bahawa ianya merupakan sesuatu yang cannot be seen by our naked eyes...
JIWA..kalau kita 'define' kan kita boleh dapat gambaran bahawa ianya merupakan sesuatu yang sangat maknawi (abstrak)...

Ok,sekarang kita cuba kupas satu persatu..
Dari ayat ini,kita tahu bahawa Allah mahu kita berubah terlebih dahulu sebelum Allah ubah nasib kita..Tapi dari aspek apa kita perlu berubah ?? 0.o'

DIRI...jadi individu yang lengkap tsaqafah ilmu nya..mantapkan fizikal kita..pertajamkan kemampuan kita..seperti kata-kata seorang tokoh,
"Kita tidak akan mampu menjadi seorang yang sempurna tapi sekurang-kurangnya jadilah seseorang yang menyempurnakan.."
ROH... kalau dari aspek ini,mesti semua orang tahu..kita mesti menghidupkan roh kita dengan banyak amalan..pernah dengar tak kisah seorang yang besar jasadnya namun terlalu kurus roh nya ??begitu juga yang sebaliknya..ada yang kurus fizikalnya namun gemuk beirsi rohnya..dalam aspek ni,kenalah seimbang..kalau badan nak makan,macam tu jugakla roh kita..tapi yang lebih baik adalah untuk kita gemukkan roh kita..sebab apa?? apa kelebihannya?? sebab,kalau fizikal kita yang gemuk,kemungkinan untuk mendapat diabetes mellitus or high blood pressure sangat tinggi..tetapi tidak kepada roh yang gemuk...roh yang gemuk bebas dari segala macam penyakit (its a new fact for all doctors outside there) got it?? ^^' huraian selanjutnya pasti kalian sudah tahu,kan ?? ^^'

JIWA...ok,sekarang kita dah masuk fasa kemuncak..kalian tahu kan bezanya seorang MUSLIM,MU'MIN, dan MUKHLIS..macam tu jugak la martabat jiwa ni..sebab..baik buruk nya seseorang bermula dari jiwa..tetapi,dimanakah letaknya jiwa ??
Cuba kalian letakkan tangan di dada..ke kiri sikit..ok,sikit lagi..sikit lagi..haish,kenapa ada yang tak buat tu..?? ^^' cepat,letakkan tangan..ok,sekarang rasa tak ada denyutan?? ada....bagus..bermakna kalian masih hidup..(sekadar gurauan ^^' )..sekarang perlahan-lahan gerakkan sedikit ke kanan..sikit lagi..ok stop..tut3...
haa...di situ dia..
itulah tempat jiwa..
di hati kita...

اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله الا وهي القلب...

Jadi kepada sahabat-sahabat sekalian..sebagaimana kita boleh sentiasa 'up to date' dengan 'coolest and latest handy gagdet',macam itu juga la kita perlu 'up to date' dengan keadaan hati kita..kerana disitulah letaknya jiwa..Andai 3 perubahan ini mampu kita lakukan..maka,kitalah pencetus gerakan 'Sollahuddin Al-Ayyubi 2'..yakin atau tidak ?? percayalah..selagi kita tidak makan selagi itulah kita tidak akan merasa kenyang..macam tu jugaklah keadaannya dengan ummat sekarang..selagi kita tidak memulakan langkah selagi itulah kita akan terus dibelenggu cengkaman kafirin laknatullah alaihim..mesyi?Yakinlah,berjaya atau tidak bukanlah di tangan kita..yang penting adalah kita semua berusaha sehabis daya..sedangkan si kecil pipit pun mahu membantu menegakkan Imannya Nabi Ibrahim..inikan pula kita..Tanah kita,hak kita,saudara kita,agama kita,islam kita,iman kita..jom la sahabat..ayuh mulakan dengan langkah kita yang pertama..because..
a journey of thousands miles begin with a single step... ^^'

Sekadar celahan,mudah-mudahan Allah menetapkan hati-hati kita di atas landasan Taqwa..



..........lets upgrade our iman........ v (^^')v

Tuesday, November 9, 2010

Malu: Bertempatkah Ia?~


Salamun alaik sahabat semua,

Hari ni ana online and tengok update2 terkini para sahabat ana,tibe2 ana dapat shared link daripada seorang sahabat dan ni antara perkongsiannya:

Situasi 1

A: “Kalau ko jalan2 ngan mak, contohnya g shopping complex ke. Pegang tangan mak tak?”

B: “Ish ko ni. Aku kan dah dewasa, takkan nak wat camtu. Malulah.”

Situasi 2

A: “Jomla pegi surau. Ade ceramah sket malam ni.”

B: “Takmaula. Segan. Aku kan jarang turun surau. Nanti orang kate ape plak.”

Situasi 3

A: “Eh, sejak bile ko ade facebook ni? Bukan dulu xde kew?”

B: “Saje wat. Malulah bile orang tanye. Aku xde facebook, orang ckp ketinggalan zaman.”



Situasi 4

A: “Ko penah g mid pakai baju kurung x?”

B: “Ish, xde style la pakai baju kurung. Wat malu je.”

A: “Owh. Kalau pakai seluar track ngan t shirt lengan panjang?”

B: “Lagila tak. Malu.”

Situasi 5

A: “Eh, tadi bukan ko dengar lagu nasyid ke? Nape tetibe tukar?”

B: “Tu kawan aku datang. Dia tu suka lagu inggeris. Tukarla. Malu lak kalo diorang tau. Sat g diorang ingat aku peril diorang plak.”

Situasi 6

B: “Camne nak bace ayat ni? Tanwin jumpe ngan huruf lam. Dengung ke tak eh? Tapi nak tanye sape? Batch aku takde. Kouhai je. Malu la plak nak tanye. Hurm.”

Situasi 7

A: “Nape ko tak rapat ngan die? Bukan die satu kelas ngan ko kew? Ko tak suke die ke?”

B: “Bukan. Tapi die tu kan kuat agama. Aku ni apela sangat. Malulah nak baik ngan die. Segan kalau dia tegur. ”



Mungkin anda semua pernah berdepan dengan situasi di atas. Sama ada anda jadi pihak yang berasa malu, atau pun pihak yang bertanya. Semuanya berkisarkan tentang perasaan malu. Setiap insan dibekalkan dengan perasaan malu. Secara umumnya, malu terbahagi kepada dua. Malu yang boleh dipupuk, iaitu rasa malu kepada ALLAH dan Rasul. Yang kedua adalah malu secara fitrah. Contohnya seseorang itu berpakaian kerana malu jika tubuhnya dilihat. Rasa malu ini penting. Dengan rasa malu inilah yang akan menghalang sesorang itu melakukan sesuatu yang tak sepatutnya. Dalam Islam, malu merupakan elemen yang melengkapkan iman.



Daripada Abu Mas’uud ‘Uqbah ibn ‘Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)



Jadi , jika kita lihat balik 7 contoh situasi tadi, Si B telah melakukan perkara yang betol la kan. Sebab dia ada perasaan malu. Siapa setuju, angkat tangan. Wah, ramai juga. Tapi sesiapa yang bersetuju, cuba baca sekali lagi. Apa? Anda masih tak nampak di mana silapnya? Tak mengapa, cuba baca sekali lagi. Hurm. Masih tak kelihatan ye. Baiklah, biar saya tanyakan satu soalan, adakah Si B telah malu pada tempat yang betul? Atau dengan bahasa mudahnya, adekah alasan Si B untuk berasa malu dalam ketujuh-tujuh situsi itu relevan? Si B telah melakukan perkara yang sangat bahaya. Perasan malunya telah diletak pada tempat yang salah!



Si B rasa malu untuk memegang tangan ibunya. Kerana ia bakal mencalar imejnya sebagai seorang dewasa. Tapi mengapa kita perlu malu untuk memegang tangan orang yang telah melahirkan kita? Jika sewaktu kita masih kecil dan tiba-tiba kita berteriak menangis sewaktu berjalan-jalan di shopping complex. Ia pasti menarik perhatian orang sekeliling, malu kan? Tapi adakah ibu bapa kita akan meninggalkan kita? Kerana malu dipandang orang sekeliling? Tidak. Kerana kita adalah anak mereka dan tiada apa yang harus dimalukan. Jadi apa salahnya Si B tadi memegang tangan ibunya? Tak kiralah dia sudah sedewasa mana sekalipun. Itu bukan satu dosa, malah ada pahala yang menantinya. Tapi malangnya, bagi keadaan remaja zaman sekarang, mereka lebih berani untuk memegang tangan bukan muhrim mereka tanpa rasa bersalah. Kerana apa? Kerana rasa malu mereka salah tempatnya.



Banyak yang dapat saya perhatikan dari mata kurniaan Allah kepada seorang hamba yang hina seperti saya ni. Ada yang malu untuk berbaju kurung ke mid valley, tapi tidak kisah tatkala memakai seluar jeans dan baju ketat yang menampakkan bentuk badan. Tidak malukah mereka tatkala tubuh mereka menjadi perhatian? Ada juga yang rasa malu bila baju yang mereka pakai ada segaris kedutan, tapi tak langsung mengambil tahu bahawa tudung yang mereka pakai itu jarang dan menampakkan rambut, tengkuk dan sebagainya. Seperti risau melihat seekor semut mahu memakan coklat, tapi tidak kisah dengan api yang sedang membakar rumah sendiri.



Dalam situasi di atas, ade juga ketikanya Si B berasa malu jika kawannya tahu ketika dia mendengar lagu nasyid dan turun ke surau. Kerana apa? Kerana dia malu dikatakan ‘baik’ dan tunjuk alim. Takut dianggap ria’. Masya ALLAH. Janganlah berfikiran begitu, kenapa kita perlu takut untuk membuat kebaikan? Sudah jelas dalam AL-Quran, amar makruf nahi munkar. Kenapa kita perlu malu berbuat kebaikan? Kenapa kita dengan rela membiarkan kebaikan tewas dengan kejahatan? Sedarlah pada saat kita rasa malu untuk berbuat kebaikan kerana takut dianggap riak, kita sudahpun riak sebenarnya. Kerana apa? Kerana kita rasa perkara itu sebagai menunjuk kealiman dan kesolehan kita bukannya ikhlas kerana ALLAH dan kerana kita ini hambaNYA.



Kalau Si B tadi risau kalau-kalau dia telah memperli kawannya, biarlah. Hanya orang yang salah akan terasa pedasnya. Teruslah dengan perkara baik yang telah dilakukan, niat Si B bukannya buruk. Siapa tahu, dengan rasa ter ‘perli’ itu rakannya akan sedar. Secara tidak langsung Si B telah membawa rakannya ke arah kebaikan. InsyaAllah ada pahala untuknya. Ada juga dalam kalangan kita, malu untuk berkawan dengan orang yang berilmu kerana rasa rendah diri. Mengapa perlu rasa begitu? Bukankah kita telah diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Allah telah berfirman secara terus dalam Al-Quran. Takut untuk ditegur? Ambillah semua itu sebagai cabaran untuk membetulkan diri. Dalam situasi yang ketujuh, walaupun Si B rasa merasakan ilmu agamanya kurang berbanding rakannya, dia tak patut rasa malu. Kerana ALLAH memandang pada usaha dan bukan pada hasilnya. Yang penting ialah istiqamah. Ingatlah manusia tidak sempurna, kita sentiasa melakukan kesilapan. Cuma yang membezakan adalah bagaimana seseorang itu belajar dari kesalahannya.



Jadi, letaklah rasa malu itu pada tempat yang selayaknya. Agar ia menjadi benteng terbaik dalam diri kita untuk tidak melakukan maksiat. Dan semoga ia menjadi alasan untuk kita lebih mendekati ALLAH. Setiap kali kita mahu berasa malu, sentiasalah berfikir adakah rasa malu betul pada tempatnya? Atau itu hanya sekadar godaan halus syaitan yang mahu memesongkan iman kita. Janganlah sehingga rasa malu itu sirna dan menyebabkan kita terasa indah perbuatan maksiat yang sepatutnya dijauhi. Jika tiba saat itu, jalan kita untuk kembali akan semakin sukar..



“Maka apakah pantas orang yang dijadikan indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu? Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Maka janganlah engkau(Muhammad) biarkan dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka perbuat.” [Fatir, 8]


So,sahabat~antum semua rasa macam mana?apa pun pandangan antum,ingtlah sentiasa bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita..Allah juga kasihkan kita melebihi kasihnya seorang ibu terhadap anaknya..wassalam,


~Haya' min Iman~