
Hari ni ana jalan2,tiba2 ana terdengar perbualan dua orang anak kecil di tepi jalan.."aku bukan tipu betul pun,tipu sunat jela.." hmm,ana asyik terfikir kata2 anak kecil itu, "TIPU SUNAT: ADE KE?" memandangkan ana memang jenis yang tak boleh tidur kalau ade persoalan bermain di fikiran,ana terus bukak buku time ana da sampai "imarah tulab malaziy"..tut3,haa..ni dy..buku hadis 4o yg ana rasakan buku hadis paling simple yang sepatutnya setiap yang bergelar muslim perlu ade..ana selak dan terus selak sampaila ana jumpe hadis..
"ايات المنافق ثلاث:اذا حدث كذب واذا وعد اخلف واذا اؤتمن خان"
kat sini,ana nak highlight tanda yang pertama iaitu apabila berkata ia berdusta.. Nabi kita (saw) sendiri kata,tnda org munafiq antaranya ialah apabila berkata ia berdusta..jadi,adakah tipu sunat itu dibenarkan?lantas ana menelefon ustaz ana.. tet3.."Assalamualaikum,ustaz maaf mengganggu,ana nak tumpg tanya..ape itu tipu sunat? boleh ke?apa hukum dia dalam islam dan apakah persepsi islam terhadap perkara ni?"..
Maka berikut adalah jawapan yang ana temui:
*sunat adalah salah satu daripada 5 hukum taklifi yg mmbawa maksud jika melakukan akan mendapat pahala dan jika meninggalkan tiada apa2 dan tipu pula merupakan satu perkara yg ditegah dalam Islam kerana ia membawa kepada dosa kepada pelakunya
*maka,tipu dan sunat tidak boleh digandingkan bersama kerana ianya membawa maksud yg berbeza dari segi pengaplikasiannya
*Maka hukumnya tetap sama,tipu hkumnya tetap berdosa
*dari segi persepsi Islam pula,Islam tidak menyuruh ummatnya agar menipu walaupun untuk kebaikan sebaliknya adalah lebih baik utk berterus terang seperti yg prnah diungkapkan dlm pepatah arab "Qul haqq walau kana murr" yg bermaksud "Berkata benarlah walaupun ianya pahit"
*Secara konklusinya,Islam tidak membenarkan ummatnya menipu sama sekali kerana impaknya mengundang ke arah perkara yang buruk..Islam itu agama yang benar,dan iada pembohongan ke atasnya,maka jgn sesekali mereka yang bergelar muslim cuba mengotorinya dgn pendustaan
Begitulah antara hasil yang ana peroleh,tapi ana masih tidak berpuas hati,lantas ana belek lagi kisah2 yang berlaku di zaman Nabi Muhammad,di mana kisah Ammar bin Yasir,ibunya Sumayyah yg syahid kerana disula..telah menipu orang2 kafir pada ketika itu dengan menyatakan keimanannya pada Latta dan Uzza (berhala sembahan mereka).. bagaimana dgn hal ini?bukankah ini dinamakan sbg penipuan?Maka,buku ini menjelaskan lagi perinciannya dengan menyebut hadis: Innama al-a'malu binniat,diman setiap perbuatan itu disertai dengan niat..
Maka sahabat sekalian,apaka pandangan kalian terhadap perkara ini?adkah masih relevan di masa ini utk menyatakan bahawa tipu sunat itu masih wujud?pada pandngn ana,semuanya bergantung ke atas individu itu sendiri,mereka bebas memilih namun nasihat ana..Hindarilah Penipuan kerana Di Setiap Penipuan Itu Dimeterai Oleh Syaitan dan Sesungguhnya Syaitan Itu Musuh Kita Yang Paling Nyata...
~Jihad Anfusana~
No comments:
Post a Comment