Berfikir selagi anda mampu !!

Agama tanpa ilmu sesat,Ilmu tanpa agama pincang !!

Tuesday, May 14, 2013

Gundah~


"Bila kita ada masalah hubungan dengan manusia,ianya sentiasa menjadi masalah...Tetapi bila kita ada masalah hubungan dengan Tuhan,ianya tidak pernah menjadi masalah"



(13-5-2013) 07:15.Tertera pada telefon bimbit.Hah,malas ku rasakan,mata memberat.Seolah baru sahaja mata dilelap, sedang sudah hampir 12 jam katil dihenyak tubuh.Ya Allah,berilah aku kekuatan.Kosong.Ya,sejak semalam,setelah pulang dari majlis perkahwinan seorang sahabat Mesir di Darrasah,hatiku berdetak kosong.Majlis mereka yang terkenal dengan kegembiraan dan tawa ria,ku biar limpas.Tidak terkesan apa-apa.Sekadar memenuhi undangan seorang sahabat.Lantas,ku capai headset yang sengaja ku letak disebelah bantal.Telefon bimbit ditenung,hati ini harus diisi.Tanya Sama Itu Hud-Hud, dimainkan.Benar,kata M.Nasir di dalam lagunya,terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari menerusi lagunya.Hikmah.Satu perkara yang telah hilang dalam kebanyakan lagu-lagu zaman sekarang.Orang kebanyakan,atau lebih tepat yang bergelar  Azhari,yelah,pelajar agama,lazim memandangku sinis andai mendengar aku memasang lagu ini.Pada mereka,hanya lagu-lagu Islami sahaja yang “halal” untuk didengari.Islami? Hah,sungguh klise.

Hati mula berkata sendirian,kecamuk jiwa sangat terasa di waktu ini.Lagu dipasang sementara hatiku,fikiranku,entah di mana.Mata merenung kosong bilah-bilah kayu katil atas.Urat-urat kayu dikira,mata mula meneliti lubang-lubang kecil dicelahannya.Ternyata,selama ini aku tidak sedar bahawa ada kehidupan padanya.Kelihatan anai-anai kecil,leka bermain.Sebahagian mereka perasan bahawa diri diperhati,lantas melarikan diri,menyorok kembali di dalam lubang kediaman.Haha.Tertawa aku sendiri.Terhibur dengan gelagat anai-anai yang ditelah hati dan akal.Sejenak aku terlupa akan gundah di jiwa.Benarlah,Allah sentiasa menjadikan sesuatu penuh hikmah.Siapa sangka,anai-anai kecil yang digelar binatang perosak mampu membuat aku tersenyum.Indah ciptaannya.

Lagu yang dipasang berulang.Huh?Mata menyorot pada skrin telefon bimbit.Tanya Sama Itu Hud-Hud memang sengaja aku tetapkan sebagai ringtone.Menyorot pandangan pada skrin.Senyum terukir sekali lagi.Mama.Sungguh tepat firasat seorang ibu,kagum aku sendiri.Mama tidak pernah gagal untuk menghiburkan aku,walau aku tidak pernah meluah gusar di hati.Mendengar suara mama,hati tenang.Mata mula bergenang,namun ku bulatkan suara agar mama tidak mengesan tangisku.Aku tergelak kecil apabila mendengar suara ayah,hendak meluah rindu,namun ego kami membatasi.Sekadar menempel pada mama,hendak mendengar juga suara ku.Untuk menelefon,jauh sekali.Ayah sekadar menghantar mesej di inbox FB.Itupun,sekadar mesej biasa-biasa.”Sudah makan ? Macam mana belajar ? Sihat ? Ayah doakan semoga berjaya dan sukses”.Ingatan mengimbau saat aku ber”gaduh” dengan ayah di rumah.Pencak jurusan dibuka,kekuda dipasang,dan mana-mana sahaja boleh menjadi gelanggang kami,dapur,ruang tamu,beranda dan bilik.Dan setiap kali pertempuran,mama tak pernah gagal untuk meleteri kami,lagak seperti tok guru yang memarahi anak-anak muridnya bertelagah.Senyum terukir lagi.

Kekuatan dan semangat kembali terisi,walau boleh ku kata tak sampai suku.Tekad dibulat, ditambah pula pabila plan-to-do dibelek,ternyata masih ada 7 subjek yang belum dikhatam sedang peperiksaan dah telefon kata nak datang.Aduh.Terduduk aku dibuatnya.Kesal mula bertapak dihati,kenapalah aku buang masa dari semalam? Melihat adik junior di katil atas,tekun menelaah,menambah kesalan di hati.Jujur,aku kagum dengan adik ni.Amirah.Yumni Amirah.Study-holic orangnya.Langkah disusun sementara perancangan mula dirangka dalam benak fikiran.Buku digenggam.

Menelusuri hari,tertempan aku akhirnya.Andai hati yang kosong dibiarkan,pasti terisi dengan sesuatu yang tidak kau jangkakan.Yalah,seperti gelas.Kosong.Andai tidak diisi air,pasti terisi dengan angin.Mungkin permulaan hari yang dingin kerna kau tidak mulai dengan zikir padaNya.Ini silapku.Tuhan datangkan aku petanda dan jawapan dalam perjalanan.Menaiki bas yang sesak,berasakan dengan manusia,melihat ragam dan kerenah.Boleh ku katakan ia hobiku.Aku dapat melihat kehidupan.Bukan sekadar disebalik kaca,bahkan aku hidup bersama mereka.Menghela udara yang serupa.Dan disitu jawapan kutemui.

Melihat seorang anak kecil,sekitar usia 6 tahun,memegang sekuntum mawar yang tinggal 3 kelopak bunganya.Aku sekadar merenung.Hairan.Terdetik di hati.Apa istimewanya bunga itu pada anak kecil ini?Bas kuturuni.Benar,aku belum sampai ke destinasi,namun hati ingin benar untuk tahu,apa yang ingin dilakukan anak kecil itu bersama bunga 3 kelopak yang digenggamnya.Sesampai di satu kawasan,aku lihat seorang wanita sedang memungut sisa makanan dari tong sampah,satu pemandangan biasa di bumi Mesir ini.Dan anak kecil itu berlari gembira.Benar-benar gembira.Sekadar memerhati dari jauh,kulihat dia mendakap wanita itu,menutup matanya sambil mencium pipi.”Ibu,Selamat Hari Lahir”.Bunga 3 kelopak itu dihulur kepada si ibu.Allah.Aku terpempan.Habis menggeletar lututku.Hati disiat sayu.Tangis membasahi tanpa dipinta.Mama.Hanya satu lafaz terluah.

Anak kecil itu aku panggil.Dia berlari datang kepadaku.Siapa nama kau?,soalku. Syakirin.Allah,kagum mengetuk pintu hati.Kau benar-benar seperti namamu.Ku bawanya jauh dari si ibu.Biar comot wajahnya,biar kotor pakaiannya.Ku kucup pipinya.Tubuh kecilnya ku dukung.Tenang ku rasakan.Tulus hatinya terasa mengalir kedalam jiwa. Ikhlas. Jujur. Aku bawanya ke kedai berhampiran.2 Togin lahmah,3 genih eisy baladi,dan 3 genih fino ku bekalkan.Anak kecil itu terkejut,katanya kepadaku “Ya ablah,kenapa beli banyak-banyak?”.Ujarku,ini hadiahku buat si ibu yang punya anak sehebat kamu.Usai menghantar anak kecil itu pulang,bibir ku tak lekang dari senyuman.Mereka melambai aku dari kejauhan.Teringat lafaz yang terungkap dari Ummu Syakirin, “ wa yarzuqhu min haisu la yahtasib” –(dan dia memberi rezeki dari jalan yang tiada kamu sangka)- Syukur menapak di hati.Aku rindu mama.Zikir dipanjat.Dahi rebah kepangkuan bumi.Benar,Allah pengatur yang terbaik.

Kembali menyambung perjalanan pulang ke destinasi sebenar.Akal sejenak terbejat mengenangkan anak kecil tadi.Hati mula berfikir.Benar,kadang kala akal tidak terjangkau apa yang dirasakan hati.Kerana itu,asas sebuah Iman ialah percaya.Dan percaya itu melalui hati.Aku mula muhasabah diri,perkara yang ku rasakan sudah lama tidak ku lakukan.Itu silapku.Silap rata-rata manusia.Sentiasa memandang kesilapan orang lain sehingga merasakan diri ma’sum dari silap dan dosa. Dan, akhirnya ku temui di mana khilafku.Semalam,aku tidak mengulang Quran seperti kebiasaan.Aduh,rajukkah Tuhan padaku?Dan pada Mu ku pohon ampun dari setiap dosa-dosaku.Jangan Kau menjauh diri dari hamba Mu ini.Rebah sujudku pada Mu.Tuhan Maha Pengampun atas segala dosa hamba-hamba Nya.


“Could a greater miracle take place than for us to look through each other’s eyes for an instant ?? “ – Henry David Thoreau-

No comments:

Post a Comment